Thursday, 22 August 2013

BEAUTIFUL JEJU.......

Jeju, Day 1, part 1

30 Mei 2013

Tidur semalam sangat nyenyak, rasa cam tak cukup je, pukul 5 pagi saya dah bangun, . Hari ni perlu awal, sbb janji nak pick up kereta sewa jam 8.00 pagi kat jeju airport. Lepas bersiap saya ke dapur yang terletak di tingkat bawah, buat breakfast ala kadar,  sempat masak nasi, beras bawa dari malaysia, makan dengan sambal goreng ikan bilis dan telur. Sedap juga. Baki nasi saya tapau bersama  telur dadar yang kami pau dari GH.


                                                     Dapur di U & I GH. Teratur dan bersih


                                        Makan sampai kenyang, baru ada mood nak jalan-jalan

 Selepas breakfast di GH kami memulakan perjalanan ke airport untuk ambik kete sewa. Boleh guna T-Money untuk bas di jeju ni. Saya dan kawan2 bawa beg kecik je, bw mkn dan pakaian utk sehari. Big luggage tinggal kat GH, memandangkan malam terakhir di Jeju kami akan bermalam disini semula.

Di airport kami ke kios car rental di gate 3 jeju airport. Selepas buat pengesahan, kitaorang ke avis car rental office mennggunakan shuttle bus yang disediakan. Urusan sangat mudah memandangkan segala urusan pembayaran telah saya buat melalui online saje. Staf disitu cuma memberitahu no parking kereta yang kami sewa,  berikan kepada saya GPS (dalam bahasa inggeris), kunci dan map saje. Tiada penerangan terperinci, jadi pandai2 la kami macam mana nk guna GPS dan kereta. Agak berdebar juga, walaupun bukan saya yang drive, jalan raya yang agak sempit berbanding malaysia (pada pandangan mata saya) dan keadaan pemandu yang agak kasar. Dalam berdebar dan risau sampai juga kami ke destinasi pertama. Terima kasih GPS, kami tak sesat pun....

Destinasi pertama
Teddy Bear Museum, entrance fee : 8000 KRW

                                                                Pengantin teddy
                                  Mummy teddy yang mithali, tengah baca story book kat anak2
                                             Teddy yang kaya raya, penuh ngan diamond
                                           Jemput minum, pelawa mummy teddy
                                           Baby teddy baca doa dulu sebelum makan

Tempat ni aku bagi 3 bintang je, biasa-biasa je, pameran pun tak banyak sangat. Tapi ok la, kalau tak masuk tak tahu kan. Kalu nak ripit tak le kot.

Lepas posing-posing dalam hujan renyai-renyai, kami lepak tepi seven eleven makan bekalan tadi.
Terus ke destinasi seterusnya, nak pegi jeju submarine. Banyak kali pusing tak jumpa-jumpa. Sambil2 pusing cari jalan ke submarine, tengok satu tempat tu penuh dengan pelancong, kami singgah je walaupun tak rancang ke situ

Destinasi kedua ( tak dirancang )
Oedoigae, entrance fee : free









 p/s : Gambar-gambar tak jelas, suasana berkabus masa tu, lgpun tuan punya kamera tak pro guna kamera

Sangat berbaloi singgah sini walaupun tak rancang. Memang sangat cantik, dan kompom pemandangan macam ni memang tak de kat mesia.
Sambil jalan kami sembang tak sedar hampir dah 5 km gak kami jalan.
Nak ambik gambar payah sikit sebab kat sini ramai sangat orang

Monday, 19 August 2013

KEMBARA JEJU-BUSAN,SEOUL

29 Mei 2013

Tiba dari Kota Bharu jam 12.15 pagi. Kami hanya menunggu di LCCT sahaja memandangkan flight ke seoul pada jam 8.00 pagi. Mana mungkin sayat dapat melelapkan mata dengan keadaan yang sesak , panas dan sedikit bising. Jadinya menunggu sajalah dengan perasaan yang sangat bosan. Jam 5.45 saya solat dan bersiap sedia untuk boarding. Melangkah aje masuk kabin, saya terus terlena, terjaga sekejap untuk makan, kemudian sambung balik tidur sehinggalah tiba di Incheon International Airport.


Kami tiba 30 minit awal, wah! Hebat betul pilot AA ni kan. Urusan sangat mudah, malahan kami tidak perlu scan luggage kami yang besar gedabak tu bila kami nyatakan dari Malaysia. Bangganya jadi Rakyat Malaysia. Selesai urusan kami mencari seven eleven, beli TMoney (50K KRW) dan nasi segera sebagai bekalan.Seterusnya tanya receptionist yang bertugas cara mudah nak ke gimpo airport. Dia suggest naik bas aje. Kami ambik limosine airport (basnya bersih dan sangat selesa) dan seterunya terus ke gimpo airport. Kami solat disini sahaja, ditempat yang agak tersorok. Gimpo airport kecil je, tapi sangat bersih dan teratur.

Jam 8 flight berlepas ke Jeju Island. Sekali lagi urusan dipermudahkan, malahan kami tidak perlu menunjukkan passport bila menyatakan kami dari Malaysia. Sekali lagi bangga jadi Anak Malaysia...Pukul 9.15 tiba di Jeju airport, ambil teksi ( 2 teksi sebab kami 5 orang) terus ke u & i guesthouse. Pukul 10 jugalah kami tiba di GH walaupun dekat sebabnya kedua-dua teksi sesat. GH ni terletak dilorong sempit sbb tu ahjussi teksi tak dapat jumpa.

Sehari suntuk perjalanan, penat.... tapi kami gembira

Lepas makan, mandi solat, kemas barang , kami rehat sepuasnya, simpan enegy untuk hari esok.


Salam Aidil Fitri

Salam Aidil Fitri....
Seperti tahun tahun sudah saya tidak begitu teruja sambu hari raya. Sekadar solat raya , makan dan tidur. Hari raya pertama je pun saya berbaju raya. Hari-hari  seterusnya saya rela melayan jiwa yang makin lara.Dua minggu di kampung, dua minggu juga saya melayan jiwa..........

Hari pertama kerja..
Moga-moga kesibukan bekerja membuatkan saya penat seterunya membuatkan saya lupa kesedihan yang saya tanggung....

BLOG KETIGA SAYA

Blog ketiga saya.......

Blog pertama....
Saya create penghujung 2008 ketika kursus it di tempat kerja. Pada masa tu saya tidak layan pun blog2 ni, buat blog pun terpaksa sebabnya kena paksa oleh instruktor. Saya tidak pernah buka, last2 tak ingat password

Blog kedua....
Saya create sebab teruja bila saya blogwalking. Seronok bila baca cerita travelling blogger2 kat malaysia ni. Saya suka melancong, jadi saya mahu catatkan perjalanan saya sebagai kenangan pada masa akan datang (kononnya). Penghujung tahun 2012, saya create blog kedua, saya namakan kembara hidup, konon utuk mencatatkan segala perjalanan hidup saya. Blog kedua saya cuma ada enam entri, cerita saya backpacking ke singapore. Kehidupan yang sibuk, dengan emosi yang kacau tambah lagi kesibukan melayan drama korea, saya terlupa saya ada blog. Bila nak menulis semula saya dah lupa password.

Blog ketiga..
Ingin saya catakan perjalanan hidup saya. Kisah suka duka saya,kisah jiwa lara saya, kisah perjalanan saya ke negara orang. Mungkin disinilah saya boleh meluahkan rasa hati suka duka hidup saya sebab saya tidak suka meluahkan pada sesiapa........