30 Mei 2013
Tidur semalam sangat nyenyak, rasa cam tak cukup je, pukul 5 pagi saya dah bangun, . Hari ni perlu awal, sbb janji nak pick up kereta sewa jam 8.00 pagi kat jeju airport. Lepas bersiap saya ke dapur yang terletak di tingkat bawah, buat breakfast ala kadar, sempat masak nasi, beras bawa dari malaysia, makan dengan sambal goreng ikan bilis dan telur. Sedap juga. Baki nasi saya tapau bersama telur dadar yang kami pau dari GH.
Dapur di U & I GH. Teratur dan bersih
Makan sampai kenyang, baru ada mood nak jalan-jalan
Selepas breakfast di GH kami memulakan perjalanan ke airport untuk ambik kete sewa. Boleh guna T-Money untuk bas di jeju ni. Saya dan kawan2 bawa beg kecik je, bw mkn dan pakaian utk sehari. Big luggage tinggal kat GH, memandangkan malam terakhir di Jeju kami akan bermalam disini semula.
Di airport kami ke kios car rental di gate 3 jeju airport. Selepas buat pengesahan, kitaorang ke avis car rental office mennggunakan shuttle bus yang disediakan. Urusan sangat mudah memandangkan segala urusan pembayaran telah saya buat melalui online saje. Staf disitu cuma memberitahu no parking kereta yang kami sewa, berikan kepada saya GPS (dalam bahasa inggeris), kunci dan map saje. Tiada penerangan terperinci, jadi pandai2 la kami macam mana nk guna GPS dan kereta. Agak berdebar juga, walaupun bukan saya yang drive, jalan raya yang agak sempit berbanding malaysia (pada pandangan mata saya) dan keadaan pemandu yang agak kasar. Dalam berdebar dan risau sampai juga kami ke destinasi pertama. Terima kasih GPS, kami tak sesat pun....
Destinasi pertama
Teddy Bear Museum, entrance fee : 8000 KRW
Pengantin teddy
Mummy teddy yang mithali, tengah baca story book kat anak2
Teddy yang kaya raya, penuh ngan diamond
Jemput minum, pelawa mummy teddy
Baby teddy baca doa dulu sebelum makan
Tempat ni aku bagi 3 bintang je, biasa-biasa je, pameran pun tak banyak sangat. Tapi ok la, kalau tak masuk tak tahu kan. Kalu nak ripit tak le kot.
Lepas posing-posing dalam hujan renyai-renyai, kami lepak tepi seven eleven makan bekalan tadi.
Terus ke destinasi seterusnya, nak pegi jeju submarine. Banyak kali pusing tak jumpa-jumpa. Sambil2 pusing cari jalan ke submarine, tengok satu tempat tu penuh dengan pelancong, kami singgah je walaupun tak rancang ke situ
Destinasi kedua ( tak dirancang )
Oedoigae, entrance fee : free
Sangat berbaloi singgah sini walaupun tak rancang. Memang sangat cantik, dan kompom pemandangan macam ni memang tak de kat mesia.
Sambil jalan kami sembang tak sedar hampir dah 5 km gak kami jalan.
Nak ambik gambar payah sikit sebab kat sini ramai sangat orang
No comments:
Post a Comment