Blog pertama....
Saya create penghujung 2008 ketika kursus it di tempat kerja. Pada masa tu saya tidak layan pun blog2 ni, buat blog pun terpaksa sebabnya kena paksa oleh instruktor. Saya tidak pernah buka, last2 tak ingat password
Blog kedua....
Saya create sebab teruja bila saya blogwalking. Seronok bila baca cerita travelling blogger2 kat malaysia ni. Saya suka melancong, jadi saya mahu catatkan perjalanan saya sebagai kenangan pada masa akan datang (kononnya). Penghujung tahun 2012, saya create blog kedua, saya namakan kembara hidup, konon utuk mencatatkan segala perjalanan hidup saya. Blog kedua saya cuma ada enam entri, cerita saya backpacking ke singapore. Kehidupan yang sibuk, dengan emosi yang kacau tambah lagi kesibukan melayan drama korea, saya terlupa saya ada blog. Bila nak menulis semula saya dah lupa password.
Blog ketiga..
Ingin saya catakan perjalanan hidup saya. Kisah suka duka saya,kisah jiwa lara saya, kisah perjalanan saya ke negara orang. Mungkin disinilah saya boleh meluahkan rasa hati suka duka hidup saya sebab saya tidak suka meluahkan pada sesiapa........
No comments:
Post a Comment