29 Mei 2013
Tiba dari Kota Bharu jam 12.15 pagi. Kami hanya menunggu di LCCT sahaja memandangkan flight ke seoul pada jam 8.00 pagi. Mana mungkin sayat dapat melelapkan mata dengan keadaan yang sesak , panas dan sedikit bising. Jadinya menunggu sajalah dengan perasaan yang sangat bosan. Jam 5.45 saya solat dan bersiap sedia untuk boarding. Melangkah aje masuk kabin, saya terus terlena, terjaga sekejap untuk makan, kemudian sambung balik tidur sehinggalah tiba di Incheon International Airport.
Kami tiba 30 minit awal, wah! Hebat betul pilot AA ni kan. Urusan sangat mudah, malahan kami tidak perlu scan luggage kami yang besar gedabak tu bila kami nyatakan dari Malaysia. Bangganya jadi Rakyat Malaysia. Selesai urusan kami mencari seven eleven, beli TMoney (50K KRW) dan nasi segera sebagai bekalan.Seterusnya tanya receptionist yang bertugas cara mudah nak ke gimpo airport. Dia suggest naik bas aje. Kami ambik limosine airport (basnya bersih dan sangat selesa) dan seterunya terus ke gimpo airport. Kami solat disini sahaja, ditempat yang agak tersorok. Gimpo airport kecil je, tapi sangat bersih dan teratur.
Jam 8 flight berlepas ke Jeju Island. Sekali lagi urusan dipermudahkan, malahan kami tidak perlu menunjukkan passport bila menyatakan kami dari Malaysia. Sekali lagi bangga jadi Anak Malaysia...Pukul 9.15 tiba di Jeju airport, ambil teksi ( 2 teksi sebab kami 5 orang) terus ke u & i guesthouse. Pukul 10 jugalah kami tiba di GH walaupun dekat sebabnya kedua-dua teksi sesat. GH ni terletak dilorong sempit sbb tu ahjussi teksi tak dapat jumpa.
Sehari suntuk perjalanan, penat.... tapi kami gembira
Lepas makan, mandi solat, kemas barang , kami rehat sepuasnya, simpan enegy untuk hari esok.
No comments:
Post a Comment